Sunday 14 January 2018

Workshop Makeup Natural Look dengan Cara yang Betul | Aejdae

Happy weekend semua!

Siapa suka makeup? haa kebanyakan wanita mesti suka makeup, bukan je untuk kelihatan cantik semata, tapi sebenarnya lebih pada peningkatan keyakinan diri dan penampilan. Tak dinafikan, Syafi pun suka sebenarnya makeup ni. Tapi biasanya untuk certain event je lah. Pergi kerja memang tidak lah. hehe.

Hasil makeup yang macam mana yang korang suka? kalau tanya syafi, I'm a big fan of natural look makeup! macam yang Syafi mention tadi, makeup sekadar enhance kan lagi kecantikan asli diri. cewah hehe. Kalau heavy sangat tu sesuai untuk masa bersanding ok lah hehe. Sebab itu, bagi Syafi, kita kena belajar cara yang betul, yela takkan setiap kali event nak upah MUA pro kan. hehe

So biasa kalau korang nak makeup, korang apply apa dulu? haa..mesti banyak jawapan kan. hehe. Sebab itu lah Syafi decide untuk join Makeup Workshop yang dianjurkan oleh HQ Mary Jardin pada 7 Januari lalu. MUA yang mengajar pun bukan calang-calang, HQ menjemput Amni Kifli tau sebagai pengajar. Memang workshop tu tujuan nak ajar teknik asas makeup dari awal dengan hasil natural look. Cuba tengok sikit hasil tangan MUA Amni Kifli.



Cantik kan! walaupun untuk iklan di TV, tapi tema natural look tu tetap ada. Sesuai sangat untuk yang nak tampil simple tapi kelihatan yakin dan cantik.

Ada yang lagi menarik tau, sebenarnya, siapa yang menyertai MUA workshop ni, telah menjadi antara yang pertama mencuba Makeup line MJ! atau Mary Jardin Artisan Cosmetics (MJAC). Seronok sangat tau dapat try new baby MJ. hehe.

MJAC ni adalah natural makeup yang julung kali dari Malaysia. Bangga kan! hehe. Ok Syafi nak review sedikit tentang MJAC yang Syafi dah cuba. Semasa workshop tu, ada dua dari 4 items MJAC yang ada; Full Coverage Foundation & Lip Matte.

Macam biasa, sebelum makeup kita perlu prep kan dulu kulit wajah. Ini baru cara yang betul tau. Kami semua prep kan wajah dengan Face oil dan Serum MJ tau! Even MUA Amni pun sangat suggest. hehe.





haa, boleh tengok rupa face oil dan serum MJ macam dalam gambar di atas tu. Penting sangat prep wajah untuk elak kan kulit kering bila apply makeup. Face oil MJ ni bertindak as moisturizer tau. jangan lupa. hehe.

Ok, back to review, selama ni, Syafi cuma guna foundation yang semi-coverage je. Sebab biasa kan kalau pakai full coverage ni, kita akan terasa 'berat' je muka. Lepas tu nanti senang nak crack bila dah lama sangat. betul tak? unless korang guna NARS lah. hehe. Tapi jangan risau, sekarang korang boleh alami perasaan mengunakan NARS dengan MJAC! yang penting lebih natural dari segi ingredients. hehe.

Seriously, RINGAN sangat foundation MJAC even full coverage! sangat sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat. Memang the best foundation for oily  acne prone skin.





Masa workshop tu, baru ada 2 warna ni, Light and Natural. Korang tau tak, tips untuk pilih warna yang betul, kena pilih tona 2 kali lebih cerah dari skin asal tau. Biasa korang beli satu warna je kan? ha, sebenarnya, korang boleh je mix kan dua warna sampai la dapat tona yang kita nak. menarik kan?

Lip matte MJAC pula ada 5 warna. Tapi kami brpeluang dapat cuba 1 warna je dulu. hehe. My review? Awesome! Lip matte cream terbaik setakat ini!

Dah la lip matte natural, confirm tak ada lead kan. hehe. Yang paling best, lip matte MJAC langsung tak kering kan bibir! malah makin cantik kan dan lembab kan bibir even lepas remove. Dah la tu, Syafi try minum pun, kesan sikit pun tak tinggal di gelas. memang tahan lama! best sangat! dah la warna pun nice je. tak sabar tunggu warna lain reveal tau.

Betul lah kan, untuk buat apa-apa kita mesti berilmu dan berguru. Sekarang Syafi dah berjaya buat makeup natural look dengan cara yang betul! nah, Syafi lampirkan hasil Syafi sendiri. hehe






Kalau ada yang nak cuba MJAC, boleh direct roger Syafi tau!



No comments:

Post a Comment

Introduction : Mary Jardin?

Masa pregnant, Syafi punya malas sampai tahap malas cuci muka. unless kalau make up. Pergi kerja macam biasa la, bare face. Dia punya ku...